Salam...dan selamat tengahari...
Nak share pengalaman makan di pasar malam. Kalau dulu pasar malam biasanya menjadi pilihan bagi mereka yang berpendapatan rendah untuk berbelanja termasuk untuk menikmati berbagai makanan dengan harga yang rendah. Biasanya mihun sup ke laksa ke boleh didapati dengan hanya RM2.50...tapi malam sabtu lepas pergi pasar malam Jln TAR...berenti 1 gerai makan laksa...harganya RM4.00 dah...sama dengan harga kalau makan di restoran yang ada kipas dan TV!..
Kita fahamlah masalah peniaga yang berhadapan dengan kenaikan harga barang tapi rasanya masih boleh lagi kalu dijual dengan harga RM3.00 atau RM3.50...yang paling menarik malam tu ialah saya dicaj ekstra RM1.00 hanya kerana minta 1 mangkuk kosong (bukan kaca tau) untuk isi makanan yang dibeli di gerai lain..tahniah pada peniaga tersebut.
Sebelum singgah makan laksa, saya beli 3 cucuk makanan ala2 kebab...1 cucuk ayam, 1 cucuk sosej dan 1 cucuk fishball..1 cucuk ayam harga RM5.00 sedangkan di Nandos makanan yang sama (sedap lagi rasanya) dengan harga lebih kurang sama kita boleh dapat 2 side dishes lagi plus restoran yang nyaman...persoalannya macamana kita nak sokong pengusaha kecil dan melayu bila harga yang ditawarkan sama dengan pengusaha restoran...
Renung-renungkan...
Assalam